Friday, September 25, 2020

Mati Pada Hari Jumaat

Assalamualaikum,


apa benar jika seorang muslim itu mati pada hari Jumaat, maka dia terselamat dari azab kubur?

pada pencarian saya cuma berjumpa mati pada hari jumaat, maka dia terselamat dari fitnah kubur sahaja.

mohon pencerahan dari para ilmuan al-ahkam.

********************
alitantawi

wa'alaikumussalaam..

1- Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan antaranya oleh Ahmad dalam al-Musnad, al-Tirmidzi dalam al-Jami' dan lain-lain lagi yang menyebut bahawa 'sesiapa yang mati pada hari jumaat atau malam jumaat, Allah SWT akan memeliharanya daripada fitnah kubur'. Setakat pencarian saya, inilah hadith yang menjadi hujah tentang perkara ini.

2- Maksud 'fitnah kubur' dalam hadith itu adalah azab kubur berdasarkan penggunaan perkataan fitnah yang membawa maksud ujian dan juga kesusahan serta lain2 lagi.

3- Hadith tersebut tidak diriwayatkan dalam buku-buku utama seperti Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

4- Ketika mana al-Tirmidzi menyebut hadith itu, beliau telah mendhaifkannya. Imam Ahmad pula menyebutkan hadith itu sekadar untuk direkodkan berdasarkan metod penulisan.

5- Ulama-ulama hadith didapati sepakat menilainya sebagai dhaif dan tidak ada yang menilainya sebagai sahih kecuali sebahagian ulama moden seperti al-Albani dan lain-lain lagi.

6- Di antara ulama terkemudian yang menilai hadith ini sebagai dhaif ialah Ibn Hajar al-'Asqalani, Ibn Abd. Hadi, al-Zaila'i dan juga ulama hadith moden iaitu Ahmad Syakir dan Syu'aib al-Arnaout.

wallahu a'lam 

No comments:

Post a Comment

Pahala Bacaan Quran Pada Mayyit

Salam.. dalam RiyadusSalihiin bab161:berdoa untuk mayyit sesudah dikuburkan dan duduk di sisi kuburnya sebentar untuk mendoakan serta memoho...