Wednesday, September 30, 2020

Status Hadis Bertayamum Selepas Jimak

Taraf Hadits Ini “"Apabila Baginda Telah Melakukan Jima’ Dengan Sebahagian Isterinya Lalu Malas Untuk Bangun,Maka Baginda Memukul Tangannya Ke Dinding Dan Bertayammum."[H.R. Tabrani Dalam Al-Awsath]. (admin - 2008-11-17 03:30:00)


Soalan :

Assalamualaikum

Apakah taraf hadist ini “"Apabila baginda telah melakukan jima’ dengan sebahagian isterinya lalu malas untuk bangun,
maka baginda memukul tangannya ke dinding dan bertayammum."[H.R. Tabrani dalam al-Awsath].

Saya mahasiswa Malaysia yang belajar di Bandung dan telah beristeri. Kalau saya berhadas besar,
bolehkah saya sekadar bertayammum dulu untuk solat Subuh,kerana air di sini sangat sejuk?

Dari : Muhammad Khalis bin Sahimi

*********************************
Jawapan dari www.darulkautsar.com

1) Taraf hadis ini:

حدثنا أحمد قال حدثنا عمار بن نصر أبو ياسر قال حدثنا بقية بن الوليد عن إسماعيل بن عياش عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة قالت : كان رسول الله إذا واقع بعض أهله فكسل أن يقوم ضرب يده على الحائط فتيمم لم يرو هذا الحديث عن هشام إلا إسماعيل

(al-Mu’jam al-Awsat, jil. 1, hal. 202, no: 645)

Hadis ini menurut al-Suyuti adalah da’if, dalam kitabnya al-Jami` al-Saghir. Sebab daif ialah perawinya Baqiyyah bin al-Walid, seorang perawi mudallis, iaitu perawi menyembunyi punca hadis dan tidak menjelaskan daripada siapa beliau mengambil riwayat.

Ismail bin ‘Ayyasy, walaupun seorang yang thiqah tetapi riwayatnya dari penduduk Hijaz atau Madinah dihukumkan oleh ulama hadis sebagai daif. Rwytnya ini diambil drp Hisyam bin ‘Urwah, seorang penduduk Madinah.

2) Tidak harus bertayammum melainkan bila ada uzur syara’ sahaja. Selagi air boleh digunakan walaupun terpaksa memanaskannya anda wajib mandi sebelum solat subuh.

والله أعلم 


No comments:

Post a Comment

Pahala Bacaan Quran Pada Mayyit

Salam.. dalam RiyadusSalihiin bab161:berdoa untuk mayyit sesudah dikuburkan dan duduk di sisi kuburnya sebentar untuk mendoakan serta memoho...