Saturday, September 26, 2020

Harta Bagaikan Ular Berbisa

Assalamualaikum ustaz nak tanya tentang hadis di bawah :


1) Diceritakan oleh Abu Usamah dan diriwayatkan pula oleh Ath Thabarani bahawa suatu ketika katanya Rasulullah ditanya oleh sobatnya. Begini pertanyaan yang dimaksudkan: “Wahai Rasulullah, siapakah umatmu yang paling jahat?”, maka Rasulullah tanpa ragu segera menjawab bahawa katanya yang paling jahat ialah orang kaya /The rich are the cruelest.

2) diriwayatkan Al Bazzar dari Anas ra. Bahawa rasulullah SAW pernah bersabda sebegini. “Tinggalkan dunia untuk orang yang mempunyainya dan sesiapa mengambil dunia di atas yang mencukupi keperluan secara berlebih-lebihan, maka dengan tanpa sedar mereka telah mengambil kebinasaan”


tajuk : HARTA BAGAIKAN ULAR BERBISA

tulisan
Ismaily Bungsu
Kota Kinabalu

Terbitan : 12 Jan 2003


--------------------------------
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Oleh kerana hadis yang dikemukakan tidak disertakan dengan matannya berbahasa Arab, maka ia amat menyukarkan kerja mentakhrij hadis berkenaan.

Saya hanya dapat mencari hadis kedua, iaitu
diriwayatkan Al Bazzar dari Anas ra. Bahawa rasulullah SAW pernah bersabda sebegini. “Tinggalkan dunia untuk orang yang mempunyainya dan sesiapa mengambil dunia di atas yang mencukupi keperluan secara berlebih-lebihan, maka dengan tanpa sedar mereka telah mengambil kebinasaan

Matannya dalam B.Arab berbunyi:

دعوا الدنيا لأهلها ، من أخذ من الدنيا فوق ما يكفيه ، أخذ حتفه وهو لا يشعر

Menurut syeikh al-Albani hadis ini Dha'if. (Ruj. Silsilah al-Ahadis al-Dha'ifah wal Maudhu'ah, vol. 4)

Saya akan cuba berusaha mencari matan hadis 1 sekadar kemampuan ilmu saya.

Sekian, Wassalam 


No comments:

Post a Comment

Pahala Bacaan Quran Pada Mayyit

Salam.. dalam RiyadusSalihiin bab161:berdoa untuk mayyit sesudah dikuburkan dan duduk di sisi kuburnya sebentar untuk mendoakan serta memoho...