Wednesday, September 30, 2020

Hadis Menghimpit Orang Bukan Islam

Assalamualaikum Wmt Wkt,


Semoga Ahli-ahli panel dalam inayah Allah


1. Benarkah ada hadis Nabi yang makna zahirnya menceritakan bila berjalan dan bertemu orang Yahudi atau Nasrani kita hendaklah menyempitkan jalannya ?


2. Benarkah mandi di dalam bilik air tanpa seurat benang dikira dosa sebagaimana yang dinyatakan dalam buku Imam Al-Ghazali rhmllh " Bimbingan Mukminin "?


Jzkmllh

-----


Bismillah

Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,


Quote:

1. Benarkah ada hadis Nabi yang makna zahirnya menceritakan bila berjalan dan bertemu orang Yahudi atau Nasrani kita hendaklah menyempitkan jalannya ?



Sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam :


لَا تَبْدَءُوا الْيَهُودَ وَلَا النَّصَارَى بِالسَّلَامِ فَإِذَا لَقِيتُمْ أَحَدَهُمْ فِي طَرِيقٍ فَاضْطَرُّوهُ إِلَى أَضْيَقِهِ


“Janganlah mendahului Yahudi dan Nasrani dengan ucapan salam, jika kamu menemui salah seorang dari mereka di jalan, desaklah hingga mereka menepi dari jalan”. (HR. Muslim)


Ulama menjelaskan bahawa hadith ini tidak bermaksud suruhan menghimpit orang bukan islam di jalan yang luas, kerana itu akan menyakiti mereka dan kita dilarang dari menyakiti mereka dengan tanpa sebab.


Cuma jika jalan itu sempit, jangan diutamakan atau dilebihkan orang bukan Islam untuk memuliakan mereka. (lihat Fathul Bari oleh Ibn Hajar)


Quote:

2. Benarkah mandi di dalam bilik air tanpa seurat benang dikira dosa sebagaimana yang dinyatakan dalam buku Imam Al-Ghazali rhmllh " Bimbingan Mukminin "?


Hukum mandi tanpa pakaian atau telanjang adalah harus sekiranya kita mandi sendirian kerana Nabi Musa as mandi dengan telanjang. Begitu juga Nabi Ayub dalam hadis berikut:


‘Sewaktu Nabi Ayub a.s. mandi dalam keadaan telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya seekor belalang emas. Ayub pun segera hendak mengambil kainnya, maka dia pun dipanggil oleh Tuhannya Yang Maha Keramat dan Maha Tinggi: “Hai Ayub!

Bukankah engkau telah cukup kaya hingga tak memerlukan lagi barang yang kau lihat itu?” Ujar Ayub: ‘Benar, demi kemuliaan-Mu! Tapi daku tak dapat mengabaikan berkah-Mu.”

(H.r. Ahmad, Bukhari dan Nasa’i).


Sekiranya ingin mandi dengan berpakaian juga tidak menjadi kesalahan kerana Rasulullah saw pernah mandi dengan berselindung dengan kain. Mandi berpakaian adalah digalakkan berdasarkan hadith yang bermaksud:

"Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia."


Kesimpulannya, mandi telanjang itu hukumnya harus.


Wassalam


Rujukan


Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu

Terjemahan DBP Jilid 1


FIQH SUNNAH - BEBERAPA MASALAH YANG ADA SANGKUT-PAUTNYA DENGAN MANDI


Wallahu a3lam 




No comments:

Post a Comment

Pahala Bacaan Quran Pada Mayyit

Salam.. dalam RiyadusSalihiin bab161:berdoa untuk mayyit sesudah dikuburkan dan duduk di sisi kuburnya sebentar untuk mendoakan serta memoho...